Monday, 15 October 2012

LATIHAN PERIBAHASA:

1. Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak  
   mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.
A bagai cicak makan kapur
B bagai kumbang putus tali
C bagai itik pulang petang
D bagai balak terendam

2.  Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________kerana sering
     bergaduh walaupun perkara itu kecil.
A bagai ayam disambar helang
B bagai anjing dengan kucing
C bagai katak di bawah tempurung
D bagai melepaskan batuk di tangga

3.  Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu __________________
    kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak
    kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai kaca jatuh ke batu
C bagai duri dalam daging
D bagai ayam disambar helang

4.  Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli   
     keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.
A bagai melepas anjing tersepit
B bagai dihiris dengan sembilu
C bagai ayam disambar helang
D bagai kaca jatuh ke batu

5. Oii Sik Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat
   menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
A seperti lipas kudung
B seperti ayam berak kapur
C seperti bulan penuh purnama
D seperti kera sumbang
Jawapan:
1. D  2. B  3. B  4. C  5. D


BAGAI BULAN DIPAGAR BINTANG

wajah perempuan yang cantik





Thursday, 11 October 2012


Ada udang di sebalik batu

Contoh ayat:
Rasa gembira berjumpa kawan yang sudah lama menghilang berubah apabila kawannya melahirkan hasrat untuk meminjam wang.  Rupa-rupanya kedatangan kawannya ada udang di sebalik batu.