Friday 16 November 2012


1. Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat ........................bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.

A jalan keluar             B jalan belakang     C jalan pintas               D jalan tengah

2. Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia .............................. untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.

A mengambil peluang    B mengambil langkah      C mengambil berkat            D mengambil masa

3. Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu .................sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.

A gelap mata B putih mata  C rambang mata        D Rabun mata

4. Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar.

A terang hati              B sampai hati      C cekal hati      D ada hati

5. Rahman merupakan  ........................pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti.

A tulang belakang     B keras tulang           C ringan tulang          D tulang empat kerat

6. Sahabat yang baik tidak patut................................kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.

A membuka tembelang         B membuka langkah  C membuka mulut     D membuka mata

7. Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut........................, nanti kita juga yang akan menyesal.

A darah gemuruh      B darah daging              C darah muda            D darah dingin

Jawapan: 1. A    2. D   3. D   4. D   5. A   6. A   7. C

 

Saturday 3 November 2012


Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
nyawa ikan,                  lidah biawak,                   makan angin,
makan hati,                   keras hati,                       otak cair,
panjang tangan,             pencuci mulut,                 putih tulang,
putih mata,                    mulut tempayan               meninggal dunia 

1. Budak itu .......................... dia belajar hingga berjaya.

2. Janji mulut orang itu tidak boleh dipercayai kerana dia .......................... .

3. Pada bulan lalu keluarga kami pergi ........................... di Pulau Tioman.

4. Orang tua itu ...............................sejak isterinya .......................... .

5. Seorang kawan saya itu .......................... .

6. Pembonceng motosikal yang terjatuh dari motosikal itu dalam keadaan ........................ .

7. Syahira ..........................dia berjaya naik ke darjah lima dalam ujian penilaian tahun tiga.

8. Laki-laki yang .......................itu akhirnya ditangkap polis.

9. Ibu menyediakan aiskrim sebagai ........................ .

10. Moto perajurit negara kita ialah biar ....................., jangan ........................... .


Marilah mendengar cerita tentang:

"Gajah Berjuang sama Gajah, Pelanduk Mati Di tengah-tengah"


http://lamanmultimedia.dbp.my/wordpress/?p=694

Monday 15 October 2012

LATIHAN PERIBAHASA:

1. Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak  
   mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.
A bagai cicak makan kapur
B bagai kumbang putus tali
C bagai itik pulang petang
D bagai balak terendam

2.  Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________kerana sering
     bergaduh walaupun perkara itu kecil.
A bagai ayam disambar helang
B bagai anjing dengan kucing
C bagai katak di bawah tempurung
D bagai melepaskan batuk di tangga

3.  Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu __________________
    kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak
    kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai kaca jatuh ke batu
C bagai duri dalam daging
D bagai ayam disambar helang

4.  Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli   
     keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.
A bagai melepas anjing tersepit
B bagai dihiris dengan sembilu
C bagai ayam disambar helang
D bagai kaca jatuh ke batu

5. Oii Sik Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat
   menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
A seperti lipas kudung
B seperti ayam berak kapur
C seperti bulan penuh purnama
D seperti kera sumbang
Jawapan:
1. D  2. B  3. B  4. C  5. D


BAGAI BULAN DIPAGAR BINTANG

wajah perempuan yang cantik





Thursday 11 October 2012


Ada udang di sebalik batu

Contoh ayat:
Rasa gembira berjumpa kawan yang sudah lama menghilang berubah apabila kawannya melahirkan hasrat untuk meminjam wang.  Rupa-rupanya kedatangan kawannya ada udang di sebalik batu.